Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peruntuk RM10,000 untuk PIBG SK Sebiris
  • Selatan
  • WILAYAH

Peruntuk RM10,000 untuk PIBG SK Sebiris

Utusan Sarawak 2 months ago

LUNDU: Peruntukan berjumlah RM10,000 telah disalurkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Sebiris bagi merancang serta melaksanakan pelbagai program yang dirancang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang berkata penyaluran peruntukan ini bertujuan membantu PIBG dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan dan pembangunan sekolah.

Berucap ringkas semasa menghadiri Program Gotong Royong CSR di sekolah tersebut, beliau menyatakan bahawa program seperti ini dapat mengeratkan hubungan antara penduduk setempat dan kakitangan sekolah.

“Program ini juga mampu mewujudkan persekitaran yang bersih, ceria, selesa serta selamat untuk murid murid SK Sebiris,” katanya, kelmarin.

Mengenai pembangunan setempat, Billy menggesa pihak JKKK Kampung Sebiris untuk menghantar permohonan bagi menaik taraf sistem perparitan sepanjang 400 meter bagi mengatasi masalah banjir di kampung tersebut.

“Pihak JKKK Kampung Sebiris serta Kampung Tebaro juga digesa untuk menghantar permohonan bagi pembinaan jalan pertanian dengan kadar segera,” tambahnya.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 35 individu dari Sebuyau sertai kursus pemasaran digital media
Next: Abdullah Saidol teruskan tradisi sumbangan sempena Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.