Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Untung bersih Bintulu Port naik kepada RM153.48 juta 
  • BISNES

Untung bersih Bintulu Port naik kepada RM153.48 juta 

Utusan Sarawak 2 months ago

KUALA LUMPUR: Bintulu Port Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi iaitu kepada RM153.48 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 daripada RM125.06 juta pada tahun sebelumnya.

Perolehan untuk tahun kewangan 2024 juga meningkat iaitu kepada RM828.30 juta daripada RM765.58 juta sebelumnya.

Pengendali pelabuhan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata pertumbuhan perolehan terutamanya dipacu oleh pengendalian kargo bagi gas asli cecair (LNG) selain aktiviti berasaskan bekalan di Pelabuhan Bintulu, Sarawak.

Bagi suku keempat tahun kewangan 2024, syarikat mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah iaitu kepada RM40.88 juta daripada RM46.33 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Perolehan pada suku keempat bagaimanapun melonjak kepada RM219.96 juta daripada RM214.84 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Mengenai prospek, Bintulu Port berkata ia akan memberi tumpuan kepada kecekapan operasi dan daya saing kos bagi mengurangkan risiko tidak memberangsangkan daripada peralihan dasar ekonomi yang berpotensi menghidupkan semula ketegangan perdagangan di antara Amerika Syarikat dengan China.

Katanya, peralihan dasar itu memaksa penstrukturan semula rantaian bekalan dan pengalihan aliran kargo.

“Pengendalian kargo dan permintaan kapal untuk LNG akan kekal menjadi penyumbang utama kepada perolehan kumpulan.

“Permulaan pengendalian kargo dan permintaan kapal untuk metanol sejak Disember 2024 dijangka terus memberi sumbangan positif yang lebih besar kepada pertumbuhan kumpulan pada 2025,” katanya.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: George Y. Residence perkukuh aspirasi Sarawak sebagai hab kesihatan serantau
Next: Bursa Malaysia dibuka rendah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.