Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kepentingan rekod, dokumentasi adat, budaya
  • Utara
  • WILAYAH

Kepentingan rekod, dokumentasi adat, budaya

Utusan Sarawak 3 months ago
UCAPAN… Dato Paulus Palu Gumbang berucap pada majlis perasmian Penggambaran Video Khas Bab IV & V Adat Bisaya 2004.

LIMBANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang menekankan kepentingan merekod dan mendokumentasikan adat serta budaya masyarakat Bisaya agar generasi muda tidak kehilangan identiti dan warisan mereka.

Menurutnya, usaha yang dijalankan oleh Majlis Adat Istiadat Sarawak MAIS dalam membukukan adat adat ini amat penting kerana tanpa dokumentasi yang baik, masyarakat terutama golongan muda mungkin tidak mengenali asal usul mereka.

“Salah satu contoh yang jelas ialah dalam amalan perkahwinan. Dahulu, majlis perkahwinan biasanya diadakan di rumah pengantin, tetapi kini kebanyakan majlis berlangsung di dewan besar bagi menampung jumlah tetamu yang ramai dan memudahkan urusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Penggambaran Video Khas Bab IV & V Adat Bisaya 2004 di sini semalam.

Tambah Dato Paulus, perubahan dalam adat dan budaya tidak dapat dielakkan seiring dengan kemajuan zaman, namun terdapat nilai asas yang perlu dikekalkan bagi memastikan identiti masyarakat Bisaya terus terpelihara.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada MAIS kerana sentiasa mengemaskini adat yang telah dibukukan agar sesuai dengan keperluan semasa.

“Terdapat beberapa amalan adat yang boleh disesuaikan dengan kehidupan moden, namun perkara asas mesti diteruskan agar identiti budaya kita tidak hilang,” ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Residen Bahagian Limbang, Marie Cotilla. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Warga emas hilang setelah keluar ke Pasar Roban
Next: Tingkat pengetahuan dalam bidang keselamatan makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.