Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • George Y. Residence perkukuh aspirasi Sarawak sebagai hab kesihatan serantau
  • BISNES

George Y. Residence perkukuh aspirasi Sarawak sebagai hab kesihatan serantau

Utusan Sarawak 2 months ago

KUCHING: George Y. Residence memperkukuh aspirasi Sarawak sebagai hab kesihatan serantau dengan menyediakan kediaman selesa bagi pelancong perubatan dan tenaga profesional dalam sektor penjagaan kesihatan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menyempurnakan Perasmian George Y. Residence di Batu Lintang, hari ini.

Majlis perasmian tersebut juga bertepatan dengan majlis pecah tanah bagi pembinaan Hospital Gleneagles oleh IHH Healthcare Berhad di dalam NAIM Kuching Paragon.

Selain itu, potensi kawasan tersebut dapat dikukuhkan sebagai hab pelancongan perubatan, sejajar dengan visi Sarawak untuk meningkatkan akses kepada penjagaan kesihatan dan pertumbuhan bandar.

George Y. Residence merupakan sebuah pembangunan berprestij oleh Peranan Makmur Sdn Bhd, usaha sama antara NAIM Land Sdn Bhd, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak, dan Tabung Baitulmal Sarawak.

Projek kediaman 13 tingkat itu menampilkan 17 unit penthouse eksklusif yang terletak secara strategik serta turut menawarkan akses berdekatan dengan infrastruktur masa depan, termasuk stesen SM12 Autonomous Rapid Transit (ART) dan ruang komersial yang berkembang.

Kemudahan moden dan rangkaian yang baik yang disediakan oleh George Y. Residence dapat menyumbang kepada landskap berkembang di Batu Lintang selain mengukuhkan NAIM Kuching Paragon sebagai destinasi utama untuk kehidupan bandar dan kecemerlangan penjagaan kesihatan.

Turut hadir, Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Pengarah Urusan Kumpulan NAIM Holdings Bhd Datuk Hasmi Hasnan serta tetamu kehormat yang lain.

Oleh Masrin Affirah

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Sarawak ambil langkah proaktif pastikan operasi AirBorneo lancar
Next: Untung bersih Bintulu Port naik kepada RM153.48 juta 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.