Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Fahami kepentingan pemeliharaan alam sekitar
  • Utara
  • WILAYAH

Fahami kepentingan pemeliharaan alam sekitar

Utusan Sarawak 2 months ago
RAKAM KENANGAN… Datuk Gerawat Gala bersama Datuk Dr. Penguang Manggil bergambar bersama yang lain pada sesi dialog kesedaran projek karbon hutan di Dewan Suarah Marudi.

MARUDI: Dialog kesedaran mengenai projek karbon hutan memainkan peranan penting dalam meningkatkan pemahaman penduduk setempat tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar dan manfaat ekonomi yang boleh diperoleh daripada inisiatif ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek, Datuk Gerawat Gala berkata dialog seperti ini menjadi platform bagi masyarakat untuk memahami kepentingan menjaga alam sekitar serta peluang ekonomi yang ditawarkan oleh projek karbon.

Menurutnya, projek karbon hutan ini selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) bertujuan menjadikan Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi menerusi ekonomi hijau.

Beliau berkata demikian semasa sesi dialog kesedaran projek karbon hutan di Dewan Suarah Marudi hari ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Dr. Penguang Manggil berharap projek ini dapat memberi manfaat kepada penduduk Baram, khususnya dalam aspek sosioekonomi.

Katanya, projek karbon ini dijalankan dengan kerjasama Unimas dan Institut Kajian Borneo, bukan sahaja bagi memelihara alam sekitar tetapi juga untuk membantu memasarkan hasil kraftangan serta produk penduduk dari 50 kampung sekitar.

Sepanjang program ini, peserta turut berpeluang menyertai sesi interaktif dan bengkel pembangunan kapasiti bagi memahami inisiatif karbon dengan lebih mendalam. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sedia peluang jana pendapatan perkasa golongan miskin tegar, miskin, B40
Next: Miri sebagai destinasi utama sukan memancing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.