Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki maut dihempap runtuhan bangunan
  • KEMALANGAN

Lelaki maut dihempap runtuhan bangunan

Utusan Sarawak 2 months ago
RUNTUHAN bangunan.

KUCHING: Seorang lelaki maut selepas dihempap runtuhan bangunan dalam kejadian di No. 12B, Jalan Tan Sri Ong Kee Hui, Central Timur, Kuching, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan pada 10.08 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan dikejarkan ke lokasi.

KEADAAN mangsa dihempap bangunan runtuh.

Menurut Komander Operasi, PBK II (TBK I) Rosli Mahmud, setibanya pasukan di lokasi, mereka mendapati seorang mangsa telah dihempap runtuhan bangunan.

“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di tempat kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Operasi menyelamat segera dijalankan oleh enam anggota bomba menggunakan sebuah jentera ‘Fire Rescue Tender’ (FRT).

“Mangsa berjaya dikeluarkan daripada runtuhan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan setakat ini, punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa,” jelasnya dalam satu laporan yang dikeluarkan, hari ini.

Pihak bomba mengingatkan masyarakat agar sentiasa berhati-hati dan melaporkan sebarang keadaan bangunan yang mencurigakan bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Empat parah kemalangan di Jalan Serian-Tebedu
Next: Pacuan empat road terbabas dalam kemalangan kendiri, pemandu selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.