Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Empat parah kemalangan di Jalan Serian-Tebedu
  • KEMALANGAN

Empat parah kemalangan di Jalan Serian-Tebedu

Utusan Sarawak 2 months ago
Keadaan kenderaan di lokasi kejadian dan jentera EMRS bomba membawa mangsa ke hospital

SERIAN: Empat individu cedera parah selepas sebuah Perodua Myvi bertembung dengan sebuah Nissan Urvan di Jalan Serian-Tebedu, berhampiran Kampung Pichin, petang tadi.  

Menurut Komander Operasi, PBKII Bujang Ina, kemalangan berlaku sekitar jam 2.20 petang dan lima anggota digerakkan bersama sebuah jentera jentera bomba (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi kejadian.

“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 2.31 petang. 

“Lima individu lain yang berada dalam Nissan Urvan mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital menggunakan kenderaan awam,” jelasnya.

Beliau berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian segera  membawa mangsa dengan jentera EMRS yang terdiri daripada tiga lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa kerana mengalami kecederaan parah ke hospital bagi mendapat rawatan.

Pihak berkuasa sedang menyiasat punca sebenar kemalangan, dan pengguna jalan raya dinasihatkan agar lebih berhati-hati bagi mengelakkan kejadian seumpamanya berlaku.

Continue Reading

Previous: Lelaki maut kereta langgar tiang elektrik
Next: Lelaki maut dihempap runtuhan bangunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.