Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bumbung medan selera runtuh, enam maut, 78 cedera
  • GLOBAL

Bumbung medan selera runtuh, enam maut, 78 cedera

Utusan Sarawak 2 months ago

Imej dirakam dron menunjukkan pusat beli-belah Real Plaza Trujillo’ selepas sebahagian bumbungnya runtuh, di Trujillo, Peru, 22 Februari 2025.

LIMA: Sekurang-kurangnya enam maut dan 78 cedera selepas bumbung medan selera di sebuah pusat beli-belah yang sibuk utara Peru, runtuh, kata pihak berkuasa pada Sabtu, ketika jumlah kematian akibat kemalangan itu meningkat dua kali ganda.

Anggota bomba dan polis giat menjalankan usaha mencari mangsa yang terselamat dalam serpihan runtuhan, yang berlaku pada petang Jumaat lalu di kompleks beli-belah Real Plaza di Trujillo iaitu bandar ketiga terbesar di negara itu kira-kira 500 kilometer (km) ke utara bandar ini.

Puluhan keluarga berada di medan selera ketika kejadian, menurut media tempatan.

Menteri Pertahanan Walter Astudillo mengemas kini jumlah kematian daripada tiga kepada enam dan berkata, jumlah yang cedera meningkat kepada 78, menurut media kerajaan Andina.

Beliau berkata, 48 mangsa daripada yang cedera dimasukkan ke hospital, dan tiga daripadanya keadaan serius.

Sementara itu, jurucakap kesihatan kerajaan tempatan, Anibal Morillo berkata, 10 mangsa yang cedera adalah kanak-kanak dan punca kejadian masih belum diketahui.

Pengarah kompleks beli-belah itu, Garlet Rodriguez berkata, bumbung medan selera itu dipasang pada 2017 dan lulus pemeriksaan September lalu.

Menteri Dalam Negeri Juan Jose Santivanez menganggarkan kawasan bumbung yang runtuh membabitkan keluasan antara 700 hingga 800 meter persegi.

Menurut Pusat Operasi Kecemasan Wilayah, runtuhan berlaku pada 8.41 malam, namun hanya dilaporkan kira-kira setengah jam kemudian.

Dalam pada itu, satu rakaman imej dan video menunjukkan seorang mangsa menangis dan meminta tolong. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Kapal udara elektrik dibangunkan China lakukan penerbangan sulung
Next: Pesawat American Airlines mendarat di Rom susulan ancaman ‘bom’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.