Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Terkini: Empat pegawai bekas perdana menteri ke-9 ditahan SPRM
  • JENAYAH

Terkini: Empat pegawai bekas perdana menteri ke-9 ditahan SPRM

Utusan Sarawak 3 months ago

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-sembilan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerana disyaki terlibat rasuah.

Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman terhadap empat individu itu dikeluarkan di Mahkamah Putrajaya oleh Majistret Irza Zulaikha pada Jumaat lepas.

“Reman lima hari bermula Jumaat untuk tiga individu, manakala seorang lagi direman selama tiga hari dan dilepaskan hari ini,” menurutnya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi, mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 16a Akta SPRM. 

“Kami memohon agar pihak SPRM diberikan ruang untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang spekulasi,” katanya.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Obsessed ex-boyfriend from China floods woman’s home with unwanted food deliveries
Next: Kes pegawai kanan bekas PM: SPRM masih belum dapat dedah penemuan nilai wang, aset dijumpai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.