
SIBU: Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau bersama ketua masyarakat setempat turun padang melawat kerja pembersihan saluran air di Jalan Hua Lai, Telok Bango, semalam.
Kerja pembersihan itu telah dijalankan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memudahkan pengaliran air ke Sungai Rajang dan mengatasi masalah banjir.
Katanya, lawatan tersebut juga adalah untuk menilai keadaan banjir yang telah berlaku beberapa minggu yang lalu.
“Pembersihan saluran yang dijalankan oleh JPS ini melibatkan bahagian dari Jalan Hua Lai hingga saluran utama.
“Untuk saluran lain yang perlu dikorek, kami akan terus berbincang dengan pihak berkuasa dan ini adalah untuk memudahkan air mengalir ke Sungai Rajang,” jelasnya
Lau turut mengucapkan terima kasih kepada JPS atas kerjasama mereka dan menekankan kepentingan mengekalkan komunikasi yang rapat dengan ketua-ketua masyarakat dan agensi kerajaan untuk menangani isu-isu di kawasan Bawang Assan.
Oleh Akun Giman