
DARO: Yayasan OBYU memberikan sumbangan mesin hemodialisis kepada Hospital Daro, menandakan satu lagi langkah positif dalam usaha memperkukuhkan kemudahan kesihatan di daerah itu.
Ini terutamanya bagi pesakit yang memerlukan rawatan dialisis secara berterusan.
Majlis penyerahan sumbangan tersebut yang berlangsung semalam, telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad.
Safiee dalam ucapannya melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada Yayasan OBYU atas sumbangan berharga ini.
“Sesungguhnya, sumbangan ini amat besar maknanya, terutamanya kepada 31 orang pesakit yang amat memerlukan mesin hemodialisis ini.
Beliau berharap sumbangan ini dapat memberi manfaat yang besar kepada komuniti di Daro.
Turut hadir ialah Pengarah Hospital Daro, Dr. Alhusna Dahian, Setiausaha Eksekutif Yayasan OBYU Dr. Haironi Yusoff, serta Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif One Medicare Sdn Bhd, Lau Yew Nen.
Oleh Akun Giman