Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pertandingan Dart Peringkat Sarawak diadakan selepas Hari Raya
  • SEMASA

Pertandingan Dart Peringkat Sarawak diadakan selepas Hari Raya

Utusan Sarawak 3 months ago
KUNJUNGAN HORMAT…. Kelab Ukhuwah Meradong mengadakan pertemuan dengan ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing di Pusat Khidmat Meradong. 

BINTANGOR: Pertandingan Dart Peringkat Sarawak akan diadakan selepas sambutan perayaan Hari Raya, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing. 

Katanya, pertandingan tersebut merupakan anjuran Kelab Ukhuwah Meradong, dan akan dianjurkan di Daerah Meradong. 

“Acara sukan memainkan peranan yang amat penting dan ia merupakan salah satu platform kepada para belia untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum. 

“Ia juga berpotensi melahirkan modal insan yang sihat dan cergas pada setiap masa,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas menerima kunjungan hormat dari Pengerusi Kelab Ukhuwah Meradong, Ibrahim Ahim dan ahli-ahli kelab tersebut di Pusat Khidmat Meradong, semalam. 

Katanya, pertandingan tersebut juga peluang untuk berhubung, berkongsi pengalaman dan memupuk persahabatan di kalangan peserta. 

“Saya menyeru kepada semua ahli kelab ini agar terus mempromosikan permainan dart untuk belia-belia tempatan,” katanya. 

Koung Hiing juga turut menerima sehelai pakaian sukan pertandingan dart daripada Kelab Ukhuwah Meradong. 

Permainan dart dimainkan dengan membaling anak panah kecil (dart) ke papan dart yang mempunyai pelbagai bahagian bernilai mata. 

Ia memerlukan ketepatan, strategi dan fokus dari pemain. 

Antara kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh pemain dart adalah ketepatan dan konsistensi, kawalan pergerakan dan teknik membaling, fokus dan konsentrasi, keupayaan membaca permainan lawan, daya tahan dan stamina serta keupayaan menyesuaikan sudut dan teknik membaling. 

Oleh Earl Anek 

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kajian kaedah pembiakan moden ikan terubuk dijalankan 
Next: Sijil Alternatif SASM dikeluarkan 26 Februari ini – KPM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.