
BINTANGOR: Pihak bomba masih menjalankan rondaan pemantauan monsun timur laut (MTL) di kawasan rendah berisiko banjir di sini.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor Mahmudin Narudin, malam tadi, pihaknya menjalankan rondaan pemantauan di tebingan sungai Batang Rajang.
“Rondaan dilakukan pada 8.57 malam hingga 9.30 malam.
“Dua anggota bomba bertugas menjalankan pemantauan paras air di tebingan sungai Batang Rajang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Tambahnya, paras air di kawasan tersebut dalam keadaan terkawal.
“Hujan sedang berlaku dan air surut semasa rondaan pemantauan dijalankan.
“Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang rondaan pemantauan,” katanya.
Oleh Earl Anek