KUCHING: Sebanyak 22 projek infrastruktur di bawah Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) menampakkan kemajuan fizikal sejak pembinaannya bermula pada pertengahan kedua tahun lepas.
Menurut Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) di dalam laman media sosial Facebook, sebahagian daripada projek ini telah berada di fasa pembinaan jalan dan jambatan manakala ada yang dalam fasa pembukaan tapak dan kerja tanah.
Projek-projek ini dibahagikan kepada tiga pakej dengan kos RM1.1 bilion.
Pakej pertama melibatkan projek pembinaan jalan di Bukit Goram, Katibas, Ngemah and Machan manakala pakej kedua meliputi kawasan Pelagus and Baleh.
Pakej ketiga pula meliputi kawasan Belaga and Murum.
Kesemua projek ini dijangka siap pada tahun 2022.
Kawasan URDA merangkumi seluas 100,000 kilometer persegi dengan kira-kira 169,000 penduduk dan projek-projek ini akan menghubungi kawasan pedalaman di bahagian Kapit.
Ia juga akan mempercepatkan pembangunan di Ulu Rajang untuk membolehkan perhubungan jalan serta mengambil kesempatan kuasa hidroelektrik di Bakun, Murum dan Baleh.