Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Bomba bantu bawa lelaki cedera dari air terjun Wong Radau
  • KEMALANGAN

Bomba bantu bawa lelaki cedera dari air terjun Wong Radau

Utusan Sarawak 3 months ago
Anggota bomba membawa mangsa cedera ke lokasi rumah panjang terdekat sebelum dibawa ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut.

SRI AMAN: Seorang mangsa lelaki terseliuh semasa mendaki bersama tiga rakannya yang lain di air terjun Wong Radau, Batu Lintang pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9.26 pagi.

Katanya, seramai empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman diketuai Pegawai Bomba Kanan 2, Elijah Tiyit telah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk khidmat membawa mangsa keluar dari lokasi air terjun tersebut.

“Anggota bomba terus bergerak ke lokasi kejadian anggaran jarak dari rumah panjang berhampiran dalam 1.5 kilometer (km).

“Sebaik sahaja sampai di lokasi kejadian, anggota bomba berusaha membawa mangsa turun dari lokasi air terjun Wong Radau, Batu Lintang ke rumah panjang berdekatan dengan menggunakan pengusung,” katanya.

PGO berkata mangsa lelaki dewasa yang berusia 28 tahun itu mengalami kecederaan pada lutut kiri, manakala tiga rakan lain didapati tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa berjaya dibawa turun ke rumah panjang berdekatan, seterusnya diserah kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan dibawa ke Hospital Sri Aman untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Lelaki maut tertimbus simen, seorang lagi cedera parah
Next: Warga emas ditemukan lemas, anak saudara masih hilang selepas keluar memukat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.