Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dadah: Enam lelaki ditahan, dihadap ke mahkamah untuk permohonan reman   
  • JENAYAH

Dadah: Enam lelaki ditahan, dihadap ke mahkamah untuk permohonan reman   

Utusan Sarawak 3 months ago

MIRI: Polis menahan enam lelaki warganegara tempatan bersama sejumlah dadah dalam satu serbuan ke atas sebuah pusat hiburan di sini, kelmarin.

Enam lelaki berkenaan disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah,  ACP Alexson Naga Chabu berkata,  kesemua suspek berusia 26 hingga 46 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah sekitar 12.20 tengah malam.

“Semasa pemeriksaan, pasukan serbuan telah menjumpai dan merampas barang disyaki dadah jenis Ecstasy dan Ketamin berjumlah 245.26 gram.

“Nilai rampasan barang disyaki dadah dianggarkan jumlah bernilai RM3,340,” katanya menerusi satu kenyataan, malam tadi.

Alexson berkata,  kesemua suspek telah dibawa ke Mahkamah Miri untuk permohonan reman.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) Akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Marine police detained three locals, for illegal fishing
Next: Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.