Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Banjir: Jumlah mangsa di PPS tertinggi di Mukah
  • SEMASA

Banjir: Jumlah mangsa di PPS tertinggi di Mukah

Utusan Sarawak 3 months ago

Suasana PPS di Mukah. Foto APM Mukah

KUCHING: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun dengan drastik di kebanyakan kawasan.

Sehingga jam 4 petang ini, Bahagian Mukah mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 602 orang dipindahkan ke PPS.

Ini diikuti Bintulu (862 orang) dan Miri (321 orang). 

Sementara itu, Bahagian Sibu masih mencatatkan jumlah mangsa seramai 92 orang.  

Menurut laporan Pusat Pemindahan Sementara Monsun Timur Laut (MTL) Negeri Sarawak,  trend penurunan berlaku di Daerah Selangau, Tatau dan Miri.

Sehingga kini, hanya 16 PPS masih aktif di seluruh negeri dengan jumlah keseluruhan mangsa seramai 1,877 orang daripada 597 keluarga.  

Berdasarkan laporan, dua PPS di Selangau telah ditutup hari ini, iaitu di SJK (C) Tong Ah pada jam 2 petang dan Dewan Serbaguna Selangau pada jam 5 petang.  

Sehingga kini, tiada PPS dibuka di Kuching, Samarahan, Serian, Betong, Sarikei dan Kapit, menunjukkan keadaan semakin pulih di kawasan tersebut.  

Pihak berkuasa menasihatkan penduduk di kawasan berisiko agar terus berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

Oleh MASRIN AFFIRAH

Continue Reading

Previous: Banjir: Mukah catat peningkatan
Next: Saingan rebut jawatan Naib Presiden PBB dijangka sengit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.