SIBU: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina ke kediaman pemimpin Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan persatuan di sini, petang semalam.
Sim memulakan kunjungan ke kediaman Pastor Lau Hui Ming di Jalan Lily, sebelum mengunjungi kediaman Pengerusi SUPP Dudong, Kaunselor Wong Ching Yong di Jalan Sawi.
Kemudian, Sim meneruskan kunjungan ke kediaman bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Datuk Dr Soon Choon Teck dan kediaman Presiden Chiang Chuan Association, Lim Hong Hui di Jalan Gambir.
Sim seterusnya, mengunjungi kediaman Pengerusi SUPP Nangka, Benson Chua di Jalan Kandis, sebelum mengunjungi kediaman Ketua Pemuda SUPP Pusat, Kaunselor Kevin Lau Kor Jie di Jalan Camar.
Dr Sim mengakhiri kunjungan ke kediaman Pengerusi SUPP Pelawan, Clarence Ting di Jalan Bruang.
Turut mengiringi ialah Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga ADUN Pelawan, Datuk Michael Tiang Ming Tee dan ADUN Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek.
Oleh Akun Giman