![](https://utusansarawak.com.my/wp-content/uploads/2025/02/9b90a685-a872-4933-afbb-00f55e3670f8-753x1000.jpeg)
![](https://utusansarawak.com.my/wp-content/uploads/2025/02/cc5677e3-26bf-4db2-a2b9-4dd8a8f1d387.jpeg)
![](https://utusansarawak.com.my/wp-content/uploads/2025/02/f0bbba86-b0bd-4fbd-87e0-3a326f8aadf2.jpeg)
PAKAN: Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di sini, petang tadi, sebagai keselamatan awal berdepan banjir.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata PPS tersebut adalah di Dewan Masyarakat Pakan.
“Ini kerana Rumah Temuai dan Rumah Aji Melay telah dinaiki air dan berisiko untuk didiami penduduk.
“Terdapat dua keluarga ditempatkan di PPS ini. Dari Rumah Temuai, seramai enam orang sekeluarga ditempatkan di sini, manakala di Rumah Aji Melay, seramai empat orang sekeluarga,” katanya ketika dihubungi, malam ini.
Dalam pada itu katanya, paras air di Julau meningkat naik dan segelintir laluan jalan didapati telah dinaiki air ketika pemantauan beliau bersama dua anggota bomba pada 5.15 petang tadi.
“Daripada pemerhatian kami (bomba), paras air telah meningkat naik.
“Malah, segelintir laluan jalan telah dinaiki air,” katanya.
Oleh itu, beliau menasihatkan penduduk setempat yang mendiami kawasan rendah berisiko banjir agar sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan di kawasan masing-masing.
“Maklumkan pihak kami dan agensi penyelamat yang lain sekiranya memerlukan bantuan pemindahan ke lokasi selamat.
“Sepanjang rondaan pemantauan, tiada panggilan kecemasan diterima.
“Rondaan pemantauan selesai sepenuhnya pada 7.20 malam ini,” katanya.
Oleh Earl Anek