BINTULU: Jalan ke Doremart di Meridien Central akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan jejambat Jalan Medan Jaya – Jalan Tun Hussein Onn.
Jurucakap Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Bintulu menerusi satu kenyataan memaklumkan penutupan jalan itu berkuat kuasa semalam hingga 18 Februari ini.
Sepanjang tempoh tersebut, laluan trafik sehala akan diubah menjadi dua hala.
Penutupan itu bertujuan memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta kelancaran kerja-kerja pembinaan.
Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda keselamatan yang disediakan dan merancang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Ms. Nurnajwani Senian di talian 012-8839239.
JKR Bintulu memohon maaf atas sebarang kesulitan dan menghargai kerjasama serta kesabaran semua pihak.