JULAU: Operasi memotong dahan pokok tumbang di Jalan Entabai akan disambung semula hari ini, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin.
Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan sekitar 7.45 malam tadi.
“Respons dengan panggilan kecemasan, seramai tujuh orang anggota bomba diketuai oleh komander operasi Haron Jenai bergegas ke lokasi.
“Setibanya di lokasi pada 8.06 malam, didapati berlaku insiden pokok tumbang akibat hujan lebat dan tanah runtuh,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, pasukan bomba memotong pokok tersebut menggunakan satu unit mesin gergaji berantai.
“Operasi tidak dapat diteruskan kerana masih ada pergerakan tanah dan pokok masih ada yang akan tumbang.
“Kerja-kerja ini hanya akan dapat ditunda ke hari esok (hari ini).
“Operasi di lokasi ditamatkan pada 9.25 malam,” katanya.
Oleh Earl Anek