![](https://utusansarawak.com.my/wp-content/uploads/2025/02/IMG_0179-1024x768.jpeg)
Pemandangan udara Kampung Muhibbah dan pekan Niah, Miri. Sumber Unit Dron APM Sarawak
KUCHING: Seramai 9,519 mangsa banjir ditempatkan di 41 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sarawak, dengan jumlah itu direkodkan setakat 8.00 malam tadi.
Jumlah itu turun sedikit berbanding 9,517 mangsa di PPS setakat 4 petang tadi.
Menurut Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, jumlah tersebut melibatkan 2,806 Ketua Isi Rumah (KIR).
Katanya, satu PPS, iaitu PPS SMK Sebauh, dibuka pada 2.10 petang tadi, manakala tujuh PPS ditutup, iaitu Dewan Masyarakat Gedong, Dewan Sri Budaya Kampung Niup, SK Bukit Arip, SK Pangkalan Sorak, Balai Raya Kampung Melayu Balai Ringin, SK SLDB Ladang 3 Mukah, dan Pusat Komuniti Tudan Fasa 4, Miri.
Secara keseluruhan, sebanyak 41 PPS masih beroperasi di 23 daerah yang terjejas manakala 40 PPS telah ditutup.
Dalam pada itu, Bintulu masih mencatat jumlah tertinggi, dengan 4,727 orang daripada 1,409 KIR berlindung di sembilan PPS.
Sementara itu, Bahagian Miri merekodkan bilangan PPS terbanyak yang masih dibuka, iaitu 12 buah, menempatkan 1,464 orang melibatkan 3 KIR.
Oleh Mohd Neenatul Aizal