![](https://utusansarawak.com.my/wp-content/uploads/2025/02/APM-HANTAR-BEKALAN-MAKANAN-pic2.jpg)
ENGKILILI: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lubok Antu telah menghantar bantuan bencana banjir berupa kit makanan kepada lima rumah panjang dan sebuah sekolah yang terjejas akibat banjir di sini hari ini.
Pegawai APM Daerah Lubok Antu, Leftenan Desem Samuel berkata lima rumah panjang itu ialah Rumah Jangin, Kejemut; Rumah Landan, Tabut Ulu; Rumah Jerukan, Tembong; Rumah Harry, Tembong; Rumah Karin, Tabut dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tabut.
“Pihak kita (APM) telah membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghantar sebanyak 266 kit makanan dihantar ke lima rumah panjang serta sebuah sekolah yang telah terjejas banjir,” katanya.
![](https://utusansarawak.com.my/wp-content/uploads/2025/02/APM-HANTAR-BEKALAN-MAKANAN-pic3-1.jpg)
![](https://utusansarawak.com.my/wp-content/uploads/2025/02/APM-HANTAR-BEKALAN-MAKANAN-pic4-1.jpg)
Misi menghantar bantuan bencana banjir kepada penduduk itu turut disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnical Rayong Ngipa.
“Walaupun keadaan di semua kawasan terjejas itu agak terkawal, namun APM akan sentiasa berjaga-jaga dengan memantau perkembangan dari semasa ke semasa supaya operasi menyelamat dapat dilakukan segera jika paras air terus meningkat di kawasan terlibat.
![](https://utusansarawak.com.my/wp-content/uploads/2025/02/APM-HANTAR-BEKALAN-MAKANAN-pic1.jpg)
“APM telah mula siap sedia dengan mengarahkan anggota bersiap sedia 24 jam dan akan dikerahkan bila-bila masa jika perlu atau ada mangsa yang terpaksa dipindahkan,” katanya.
Oleh ADI SAFARMAN