BELURU: Beberapa kawasan rumah panjang di Daerah Beluru hari ini turut terjejas banjir ekoran limpahan air hujan.
Menerusi perkongsian dalam aplikasi WhatsApp, penduduk di kawasan tersebut, Aji Nawek dari kawasan Sungai Tuyut Tinjar Baram mendakwa banjir di kawasan mereka masuk ke 22 hari.
Menurut Aji bilangan penduduk di kawasan seramai 121 orang daripada 21 pintu dan bilangan penduduk semasa banjir ialah seramai 108 orang.
Katanya ketinggian air ialah ke paras lima hingga enam kaki dan punca banjir disebabkan limpahan air hujan dan trend air menaik satu kaki dan agak deras.
Tambahnya mereka menggunakan jalan alternatif iaitu menggunakan perahu persendirian untuk bergerak.
Sementara itu TR Egang Sami dari Rh Egang Sungai Selepin bawah Bakong turut melaporkan kawasan rumah panjang mereka turut di tenggelami air hingga ke paras tiga kaki satu inci.
Katnya bilangan penduduk semasa banjir ialah 392 orang daripada 85 pintu dan punca banjir disebabkan hujan lebat berterusan semenjak 28 Januari 2025 dan limpahan air dari Sungai Bakong.
Menurut TR Egang paras air menaik enam inci dan cuca masaih mendung dandi khuairi hujan akan turun semula.
Tambahnya jalan masih boleh dilalui dan semua kawasan rumah panjang di naiki air dari hilir sampai ke gereja St. Philip Sg Selepin Bakong.
Oleh JIKU JUGUONG