MARUDI: Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APAM) Marudi, meneruskan pemantauan di beberapa lokasi yang dinaiki air.
Lokasi yang sering dinaiki air banjir ialah Jalan Sg Arang yang kini dinaiki air sedalam 0.18 meter, Kampung Padang Kerbau Marudi (0.18 meter), pasar Marudi (0.36 meter), Kampung Cina Marudi (0.30 meter), Kampung Ridan Marudi (0.4 meter), Kampung Dagang Marudi (0.36 meter), Kampung Narum Marudi (0.3 meter) dan jalan Logan Entasaan (0.20 meter).
Pemantauan ke lokasi yang dinaiki air diketuai Pbt (PA) Syed Nasir Syed Alwi dan bantu Pbt (PA) Mohd Rizzuan Mahli dan Pbt (PA) Salleh Madon.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata, setakat ini tiada Pemindahan Sementara (PPS) dibuka dan trend air menurun dan cuaca mendung.
Tambahnya, Jalan Sungai Arang dapat dilalui semua jenis kenderaan hari ini, manakala Jalan Logan Tasan tidak dapat dilalui kenderaan kecil dan keadaan terkawal dan selamat.
Oleh JIKU JUGUONG