MARUDI: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terkandas di rumahnya akibat banjir selamat sampai ke sekolah atas bantuan Anggota Pertahanan Awam (APM) Marudi.
Pelajar tersebut Mohd Zulkhairil Mohd Sahari, 17, dari Kampung Narum mendakwa tidak dapat ke sekolah berikutan halaman rumahnya ditenggelami air dan tidak dapat dilalui kenderaan kecil.
Menurut Pegawai Pertahanan Awam, daerah Marudi Lt. (PA) Mirwan Shah Masri, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Marudi menerima panggilan kecemasan daripada keluarga pelajar tersebut minta bantuan APM untuk menghantar Mohd Zulkhairil ke SMK Telang Usan untuk menduduki SPM.
Jarak lokasi dari SMK Telang Usan dari Kampung Narum kira-kira satu kilometer menggunakan jalan darat.
Oleh JIKU JUGUONG