SIBU: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, hari ini meneruskan kunjungan ke kediaman Ketua Pegawai Eksekutif Ta Ann Holdings Berhad, Dato K.H Wong, bersempena sambutan hari kelima Tahun Baharu Cina di bandar ini.
Turut mengiringi beliau ialah isteri, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, serta Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Utiliti dan Komunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi, bersama beberapa pemimpin lain.
Beliau bersama rombongan tiba di kediaman berkenaan sekitar jam 1.30 petang dan ketibaannya disambut dengan persembahan tarian singa.
Turut menyambut ketibaan Abang Johari ialah Pengerusi Syarikat Kumpulan Ta Ann, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi dan Pengerusi Permodalan ASSAR Sdn Bhd, Dato Sri Wahab Dolah serta yang lain.
Abang Johari serta isteri berkesempatan meluangkan masa kira-kira sejam setengah bersama keluarga Dato K.H Wong, sambil menikmati pelabagai juadah.
Selepas itu, Abang Johari bersama rombongan meneruskan kunjungan TBC ke lokasi lain yang telah dijadualkan.
Oleh TARANI LANTING dan AKUN GIMAN