TATAU: Seramai 47 mangsa daripada 11 keluarga dari Kampung Dagang, Tatau, dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tatau, yang dibuka pagi tadi.
Pegawai Daerah Tatau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tatau, Calvin Ligong berkata pembukaan PPS tersebut pada jam 11.00 pagi susulan keadaan banjir yang semakin memburuk.
Beliau juga turun padang meninjau keadaan mangsa yang ditempatkan di PPS berkenaan.
Hadir sama, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Tatau, Raden Azamry Raden Perhan, yang juga Pegawai Bencana Pejabat Daerah Tatau.
Turut membantu operasi pemindahan dan pengurusan mangsa ialah Pejabat Daerah Tatau, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan RELA.
Oleh Carolyne Utih