BEKENU: Peniaga di tamu dan orang ramai didapati tidak ikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) di Simpang Bekenu sangat menyedihkan.
Utusan Sarawak mendapat aduan daripada seorang pengunjung yang enggan nama siarkan berkata, keadaan jual beli di Simpang Bekenu di Jalan Miri Bintulu sangat menyedihkan dan harus dipantau pihak berkuasa tempatan.
Katanya, orang ramai didapati mula memenuhi pekarangan tamu di situ sekitar 2.00 hingga 6.00 petang.
“Pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Daerah Subis (MDS) harus melakukan pamantauan segera bagi mengelak penular wabak Covid-19.
“Penjual dan orang ramai didapati tidak mengguna penutup mulut dan hidung, seperti wabak Covid-19 telah pulih”, jelasnya.
Tinjauan Utusan Sarawak di tamu berkenaan semalam ternyata benar dan kawasan sekitar tamu dipenuhi penjual dan orang ramai.
Selain itu, turut didapati ramai warga tua dan kanak-kanak berada di tamu Simpang Bekenu.
Justeru itu, pihak kerajaan tempatan harus memandang serius dan melakukan pemantauan SOP terhadap perkara yang tersebut kerana Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP) masih dilaksanakan sehingga 31 Ogos 2020.