Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Naik taraf Jambatan Bailey diteruskan
  • TEMPATAN

Naik taraf Jambatan Bailey diteruskan

Utusan Sarawak 5 years ago
MENINJAU PERKEMBANGAN… Dato’ Sri Dr Wan Junaidi meninjau perkembangan semasa mengadakan lawatan ke tapak projek Jambatan Bailey Lundu, di Lubak Stoh 2, Jalan Sempadi/Lundu, semalam. • Foto AWANG KUSHAIRY JUNAIDI

LUNDU: Projek menaik taraf lapan Jambatan Bailey sepanjang Jalan Lundu-Sampadi bernilai RM96 juta kini diteruskan setelah tertangguh disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, projek menaiktaraf itu adalah bagi menggantikan Jambatan Bailey kepada jambatan konkrit berstruktur kekal.

“Projek yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri ini adalah projek bagi membantu dan memberi kemudahan lebih selesa kepada rakyat terutamanya penduduk di kawasan Lundu-Sematan.

“Pembinaan lapan jambatan ini telah bermula November 2018 dan dijangka siap 25 November 2021, namun oleh kerana gangguan wabak Covid-19, mereka diberi lanjutan masa selama tiga bulan untuk menyiapkan jambatan ini oleh kerajaan,” katanya ditemui pemberita selepas lawatan ke Jambatan Bailey Sungai Rayu, di sini semalam.

Kata Wan Junaidi, walaupun diberi lanjutan masa, setakat ini kontraktor secara rasminya belum mengemukakan surat lanjutan masa pembinaan (EOT) kepada Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Dengan keadaan sedemikian, kita jangkakan projek ini akan siap tepat seperti yang dijadualkan,” ujarnya sambil menambah setakat ini, secara puratanya projek telah siap 35 peratus.

Mengulas lanjut mengenai projek Jambatan Batang Rambungan, beliau berkata projek turut diteruskan oleh kerajaan negeri setelah peralihan kerajaan pusat pada 2018.

“Namun, kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari  mengambil alih projek ini kerana ia adalah sebahagian daripada laluan jalan pesisir.

“Maka kerajaan negeri memperuntukkan dana sendiri bagi menyiapkan jambatan ini dan kemungkinan ada sedikit kelewatan.

“Kita juga menjangkakan ada kelewatan kerana jurutera bagi projek itu adalah pakar dari negara China, tetapi projek tetap akan berjalan lancar selepas ini,” tegas beliau.

Beliau berkata, kini projek Jambatan Batang Rambungan baharu sahaja berjalan sekitar lima peratus iaitu masih dalam proses pengosongan tapak pembinaan serta kerja-kerja teknikal yang berkaitan.

“Setelah semua jambatan ini siap, Jalan Lundu-Sampadi tiada lagi jalan sempit dan feri, dan bakal merancakkan lagi pembangunan seperti yang dirancang kerajaan negeri untuk kawasan Telok Melano, Sematan dan Lundu,” kata beliau.

Continue Reading

Previous: Pembetung tersumbat perlu diselenggara
Next: Tingkat kesedaran penjagaan alam sekitar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.