Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • WEF 2025: Syarikat Australia setuju melabur dalam tenaga alternatif hidrogen hijau di Bintulu
  • BISNES

WEF 2025: Syarikat Australia setuju melabur dalam tenaga alternatif hidrogen hijau di Bintulu

Utusan Sarawak 5 months ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan peringkat tinggi dengan pemimpin perniagaan syarikat multinasional (MNC) Fortescue yang diwakili oleh Pengerusi Eksekutifnya yang juga Pengasas Fortescue, Minderoo Foundation dan Tattarang Dr Andrew Forrest AO (tiga, kiri), kelmarin. Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Anjuran Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), pertemuan itu berlangsung di luar Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Mountain Plaza Hotel di sini, apabila Anwar, yang juga Menteri Kewangan, mengetuai delegasi Malaysia. FotoBERNAMA

DAVOS (Switzerland): Syarikat perlombongan logam global dari Australia, Fortescue telah bersetuju untuk melabur dalam tenaga alternatif hidrogen hijau di Bintulu, Sarawak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, persetujuan itu dicapai menerusi pertemuan dengan pimpinan syarikat diketuai Pengerusi Eksekutif dan Pengasas Fortescue, Dr Andrew Forrest AO di luar Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025, di sini.

“Kerajaan Sarawak bersetuju pada prinsip dan saya telah beri jaminan beberapa insentif dan dukungan supaya Bintulu akan menjadi hab,” katanya pada sidang media penutup sempena lawatan kerja beliau ke WEF 2025, di sini.

Kelmarin, Anwar mengetuai delegasi Malaysia menghadiri mesyuarat perniagaan bersemuka diatur oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama pemimpin syarikat korporat mewakili Fortescue, AstraZeneca, DP World, Medtronics, Nestle dan Google.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri menjelaskan menerusi pertemuan dengan syarikat-syarikat yang melabur di Malaysia itu, syarikat pelabuhan besar dari Dubai, DP World yang masuk ke Sepanggar, Sabah, telah mendapat sokongan Kerajaan Persekutuan.

“Supaya di Sabah akan muncul pelabuhan yang agak besar di rantau bila Dubai Ports masuk, Kerajaan Persekutuan telah maklum kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan kerajaan negeri Sabah untuk memberikan sepenuh dukungan dan kerjasama,” tambah beliau.

Selain itu, Perdana Menteri berkata Google akan terus melaksanakan program-program besar seperti yang telah bertapak di Selangor iaitu pusat data, ia akan memberi manfaat khususnya di Semenanjung Malaysia, Johor, Pulau Pinang dan Perak.

Selanjutnya, beliau berkata turut dibincangkan pada pertemuan dengan syarikat-syarikat global ialah berkaitan isu kecerdasan buatan (AI) termasuk dalam bidang perubatan dan juga pendidikan.

Anwar menghadiri WEF 2025 buat kali pertama sebagai perdana menteri sejak memegang tampuk pemerintahan pada 2022 atas jemputan Pengasas dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah WEF Prof Klaus Schwab dari 20 hingga 22 Januari.

Sepanjang lawatan selama tiga hari, Anwar diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dan Menteri Digital Gobind Singh Deo. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka rendah
Next: Unit Cahya Mata sasar tambah kapasiti pengeluaran klinker di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.