Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kira-kira 1,000 graduan dilatih menerusi Program Kesediaan Kerja (GETS-WRP)
  • SEMASA

Kira-kira 1,000 graduan dilatih menerusi Program Kesediaan Kerja (GETS-WRP)

Utusan Sarawak 4 months ago
PREMIER Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kiri) pada majlis pelancaran Itinerary of Graduates Enhancement Training Sarawak – Work Readiness Programme (GETS-WRP) di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. Turut hadir Pengerusi GETS Datuk Seri Dr Muhammad Abdullah Zaidel (tengah) dan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Pelancongan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (kanan). FotoBERNAMA

PETRA JAYA: Para graduan di negeri ini disarankan untuk melengkapi diri dengan ilmu berkaitan kemahiran dalam usaha memajukan negeri ini sekali gus keluar daripada ekonomi tahap sederhana.

Premier Sarawak, Datuk patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, graduan perlu dilengkapi dengan kemahiran yang bersesuaian bagi mentransformasi ekonomi ke arah yang lebih tinggi.

”Sarawak memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang inovatif dan kreatif supaya kita tidak terus kekal di tahap yang sama sekali gus dapat menaikkan ekonomi kita ke tahap yang lebih tinggi.

”Kemahiran itu mempunyai nilai dan dengan kemahiran itu juga mereka (graduan) akan dibayar dengan gaji yang tinggi… barulah dapat gaji besar.

”Kalau tidak, anda akan terus ’terperangkap’ dalam ekonomi tahap sederhana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Latihan Peningkatan Graduan Sarawak  – Program Kesediaan Kerja (GETS-WRP) di Bilik Mesyuarat Utama, Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, katanya, program itu dijangka melatih kira-kira 1,000 graduan untuk meningkatkan kemahiran yang berkaitan dengan industri dan meningkatkan kebolehkerjaan.

”Mereka akan ditempatkan di agensi strategik untuk pengalaman bekerja. Dan selepas mereka menjalani latihan, mereka boleh memilih untuk meneruskan profesion pilihan mereka dalam bidang yang berkaitan.

”Ini merupakan usaha kerajaan Sarawak untuk membangunkan tenaga kerja teknikal yang sangat terlatih untuk memenuhi permintaan dari industri seperti minyak dan gas, elektrik dan industri mekanikal serta banyak lagi,” ujarnya.

GETS-WRP ialah program selama 12 bulan di tempat kerja untuk membantu graduan memperoleh kemahiran praktikal dalam pelbagai industri.

Ia termasuk program peningkatan kerjaya selama tiga bulan yang meliputi kemahiran insaniah dan pengetahuan kesediaan bekerja, diikuti dengan latihan selama sembilan bulan dalam organisasi rakan kongsi untuk menimba pengalaman.

Pemohon mestilah warga Sarawak berumur antara 20 dan 30 tahun, menganggur pada masa permohonan, dan mempunyai ijazah atau kelayakan profesional daripada institusi tempatan atau luar negara yang diiktiraf.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak launches FWTA for improved labour and immigration management
Next: Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.