Jumlah mangsa banjir di PPS Sarawak kekal 89 orang

Facebook
WhatsApp
JUMLAH mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Rumah Dayak Saratok di Sarawak, kekal pada 89 orang sehingga 8.00 pagi ini.

KUCHING: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Rumah Dayak Saratok di Sarawak, kekal pada 89 orang sehingga 8.00 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan angka itu melibatkan 21 keluarga yang ditempatkan di PPS berkenaan yang diaktifkan sejak 3.30 petang, Ahad lepas.

Kesemua mangsa banjir terdiri penduduk Rumah Tembawai Kapok iaitu sebuah rumah panjang di kawasan Awik, Saratok. – Bernama

JCI perkasa bakat, kepimpinan generasi muda

SIBU, 25 Oktober: Penglibatan golongan muda dalam organisasi seperti Junior Chamber International (JCI) penting bagi melahirkan pemimpin masa depan yang