Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Op Ragada: Bekas CEO syarikat media, pengarah urusan syarikat pembekal dibebaskan dengan jaminan polis
  • MAHKAMAH

Op Ragada: Bekas CEO syarikat media, pengarah urusan syarikat pembekal dibebaskan dengan jaminan polis

Utusan Sarawak 4 months ago

PETRA JAYA: Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat media dan seorang pengarah urusan syarikat pembekal, yang telah direman sejak Khamis untuk membantu siasatan pengubahan wang haram, dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

Mereka hadir secara berasingan di hadapan Mahkamah Majistret di sini pada 9.45 pagi.

Dalam pada itu, Peguam Dato Shankar Ram Asnani mewakili suspek pertama, manakala Peguam William Teo mewakili suspek kedua.

Kedua-dua suspek adalah antara beberapa individu yang ditahan oleh Pasukan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Keganasan, dan Hasil Aktiviti Haram (Amla) Bukit Aman dalam operasi yang dikenali sebagai Op Ragada pada Rabu dan Khamis.

Menurut laporan media kelmarin, antara suspek adalah bekas Datuk Bandar Kuching Utara.

Menurut Ketua Amla Bukit Aman, Datuk Muhamed Hasbullah Ali berkata, dua lelaki dan wanita telah ditangkap di lokasi berbeza di sini.

“Kami menahan empat individu, termasuk bekas Datuk Bandar dan pengarah syarikat, untuk membantu siasatan kes pengubahan wang haram.

“Polis juga telah merampas 32 fail dokumen di sebuah syarikat yang disyaki terlibat dalam kes ini,” katanya.

Terdahulu, pada 10 Januari, polis menahan lima individu, termasuk seorang eksekutif kanan sebuah syarikat penyiaran Sarawak, kerana disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tangkapan tersebut dilakukan oleh Pasukan Amla Bukit Aman di bawah Op Ragada selepas menerima risikan mengenai transaksi yang mencurigakan melibatkan beberapa akaun bank antara 2017 hingga September 2024.

Menurutnya, suspek-suspek itu didakwa menipu dalam tender selain memberi tender kepada diri mereka sendiri dan ahli keluarga mereka.

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Op Ragada: Bekas Datuk Bandar, pengarah syarikat media dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan
Next: Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.