SIBU: Orang ramai dijemput memberi sokongan kepada kempen derma darah anjuran Kelab Lions Sibu Loving Care dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Sibu dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Sibu, Ahad ini.
Menurut jurucakap pihak penganjur dalam satu kenyataan hari ini, kempen kerjasama ini akan diadakan diadakan di bangunan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Sibu, Jalan Awang Ramli Amit mulai 9.00 pagi hingga 2.00 petang.
Jelasnya, penganjuran kempen tersebut bertujuan membantu pihak bank darah hospital mendapatkan bekalan darah yang mencukupi bagi kegunaan Hospital Sibu.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti kempen, orang ramai boleh menghubungi Tabung Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.