SONG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Song menjalankan pemantauan kawasan berisiko banjir di daerah ini petang tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kapit, Kapt. (PA) Mohamad Noor Ini berkata, hasil pemantauan yang dijalankan di Terminal Bot Ekspres Song pada 5.35 petang hingga 6.26 petang, mendapati paras air di Sungai Rajang adalah menurun dengan bacaan 10.2 meter dan cuaca adalah baik.
“Pemantauan di Rumah (Rh) Mohd Edwin, Sungai Katibas mendapati paras air Sungai Katibas dalam keadaan menurun, tiada bacaan paras air direkodkan dan cuaca baik.
“Sementara pemantauan di Kampung Alai, Sungai Chapi juga mendapati paras air Sungai Chapi dalam keadaan menurun, bacaan paras air 0.33 meter dan cuaca adalah baik,” katanya.
Beliau berkata, keadaan semasa di lokasi pemantauan adalah terkawal manakala penempatan tersebut tidak dinaiki air dan tiada sebarang insiden bencana dan kecemasan berlaku,” katanya.