LAWAS: Lebih 900 ibu bapa, dan penjaga hadir bersama anak masing-masing untuk menerima Bantuan Persekolahan Awal (BPA) berjumlah RM150 untuk setiap pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lawas, hari ini.
Pemberian bantuan kerajaan Persekutuan itu bermula pada 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang ini.
Hasil tinjauan pemberita Utusan Sarawak mendapati kesesakan di pekarangan sekolah akibat ruang letak kenderaan terhad disamping kedudukan sekolah berkenaan yang terletak di atas bukit.
Jurucakap Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini yang hadir pada masa sama, memaklumkan sikap segelintir ibu bapa yang memandu masuk antara faktor berlakunya kesesakan trafik di pekarangan sekolah tersebut.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi PIBG SMK Lawas Idrid Edrus pula berkata, kelancaran pergerakan trafik sepanjang berlangsungnya pengagihan BAP dibantu oleh pengawal sekolah selain kerjasama ibu bapa bagi memastikan keselamatan senantiasa terjaga
Turut berlangsung pada masa sama, ialah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mata pelajaran Sains.
Oleh Adeng Edrus