BINTANGOR: Seramai 13 orang penghuni Rumah Rabong Metan @ Rabong Medan, Nanga Stras menyertai program kesedaran keselamatan kebakaran, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, program dikendalikan oleh dua anggota bomba ini dijalankan bermula 4.00 petang.
“Program bertujuan memberi kesedaran keselamatan kebakaran kepada penduduk rumah panjang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Tambahnya, penduduk rumah panjang juga didedahkan dengan tatacara penggunaan alat pemadam api.
“Alat pemadam api merupakan peralatan penting untuk digunakan sekiranya berlaku kebakaran awal kerana ia membantu memadamkan kebakaran awal sebelum merebak,” jelasnya.
Program ini, katanya, berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
Oleh Earl Anek