38 calon SPM, enam guru, pengawas peperiksaan naik lori APM ke SMK Kwong Hua

Facebook
WhatsApp

SIBU: Seramai 38 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kwong Hua, Sungai Bidut yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dihantar ke sekolah menggunakan kenderaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), pagi tadi.

Pegawai APM Daerah Sibu, Mej (PA) Wan Mohd Jabir Wan Mohd Badrudin berkata, turut dihantar bersama pelajar tersebut ialah enam guru dan pegawas peperiksaan.

“Penghantaran guru, pengawas peperiksaan serta murid yang menduduki peperiksaan SPM pada pagi ini berikutan jalan ke sekolah dinaiki air. 

“Masa bergerak ke sekolah pada 6.15 pagi, penghantaran berjalan dengan lancar dan kesemua guru dan murid selamat sampai di sekolah pada 7.30 pagi,” katanya menerusi kenyataan, pagi tadi.

Katanya, operasi penghantaran tersebut dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Oleh Akun Giman

Tanglung warnai malam, mengeratkan keluarga

MIRI: Cahaya tanglung berwarna-warni menceriakan Dataran Kipas di sini apabila orang ramai daripada pelbagai kaum berkumpul menikmati kemeriahan Festival Kuih