Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba terbangkan kanak-kanak kritikal ke Hospital Umum Sarawak  
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba terbangkan kanak-kanak kritikal ke Hospital Umum Sarawak  

Utusan Sarawak 4 months ago

SIBU: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan operasi pemindahan perubatan (Medevac) memindahan pesakit dari Hospital Sibu ke Hospital Umum Sarawak, pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, pesakit kanak-kanak lelaki berusia empat tahun lebih itu adalah seorang pesakit pediatrik di Wad Pediatrik ICU (PICU).

“Keadaan pesakit adalah kritikal dan dikenal pasti tidak sesuai untuk dipindahkan menggunakan perkhidmatan ambulans melalui laluan darat. 

“Satu-satunya mod pengangkutan yang sesuai adalah dengan menggunakan helikopter,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kru penerbangan berlepas dengan helikopter dari Hospital Sibu pada 10.30 pagi dan dijangka tiba di pad pendaratan Ibu Pejabat JBPM Sarawak, 11.30 pagi.

“Operasi pemindahan perubatan itu disertai oleh bapa pesakit, seorang pegawai perubatan dan jururawat terlatih,” kata beliau.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba Sibu pertingkat pemantauan kawasan terjejas banjir
Next: Individu cemerlang bukan hanya bergantung kepada akademik   

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.