Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Orang kedua terkaya dunia bersedia untuk lancarkan roket
  • GLOBAL

Orang kedua terkaya dunia bersedia untuk lancarkan roket

Utusan Sarawak 5 months ago

Roket New Glenn di tapak pelancaran di Cape Canaveral, Florida, pada 11 Januari 2025. Foto AFP

FLORIDA: Selepas suku abad penubuhannya, Blue Origin milik Jeff Bezos akhirnya bersedia untuk pelayaran orbit sulung dengan roket serba baharu yang akan menggegarkan perlumbaan angkasa lepas komersial. 

Pelancaran yang pada mulanya dijadualkan pada Ahad, ditunda sehari kepada Isnin.

Dinamakan New Glenn sempena angkasawan legenda, John Glenn, roket itu setinggi 398 meter bersamaan dengan ketinggian bangunan 32 tingkat. 

Ia bersedia untuk berlepas dari tapak pelancaran di Cape Canaveral di sini. 

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Dave Limp mengumumkan pelancaran itu menerusi X.

Untuk rekod, Bezos adalah individu kedua terkaya di dunia dan usaha ini akan menyaksikan persaingannya dengan individu terkaya dunia, Elon Musk. 

Musk menerusi syarikatnya SpaceX menguasai pasaran pelancaran ke orbit dengan menggunakan roket Falcon 9 dan Falcon Heavy. 

Perkhidmatan ini membantu sektor komersial, Pentagon dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (Nasa), termasuk dalam mengangkut angkasawan ke dan dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

“SpaceX sejak beberapa tahun lalu menjadi satu-satunya pemain (dalam bidang ini), jadi mempunyai pesaing… ini bagus,” kata G Scott Hubbard, pegawai kanan Nasa yang bersara, memberitahu AFP.

Continue Reading

Previous: Gunung Ibu meletus, orang ramai digesa jauhi zon bahaya
Next: Kemudahan awam di beberapa kawasan di Indonesia musnah akibat banjir, angin kencang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.