Hujan lebat berterusan diramal bermula Rabu hingga 18 Januari

Facebook
WhatsApp
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Hujan lebat berterusan dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan selatan serta barat Sarawak, mulai Rabu depan hingga 18 Januari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata ia berdasarkan analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini yang menunjukkan luruan monsun dijangka berlaku sepanjang tempoh berkenaan.

Dalam kenyataan dikongsikan melalui media sosial METMalaysia, beliau turut menasihati orang awam supaya sentiasa merujuk laman web dan media sosial rasmi jabatan itu serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Setakat petang ini, Johor dan Perak menjadi dua negeri masih dilanda banjir dengan masing-masing merekodkan 3,779 dan 31 mangsa. – Bernama

Internet berpagar diperluas ke premis awam, IPTS

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor merancang memperluas perkhidmatan ‘Internet berpagar’ ke premis awam

Perbahasan berkisar penubuhan Malaysia

(Bahagian Kedua) MINGGU lepas wacana ini telah membicarakan sebahagian daripada perbahasan tentang Malaysia di Parlimen Tanah Melayu. Wacana kali ini