KUCHING: Bekas Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak Awang Putrayusrie Awang Redzuan dilantik sebagai Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) yang baharu.
UKAS dalam satu kenyataan memaklumkan lantikan tersebut berkuat kuasa 2 Januari lepas.
Awang Putrayusrie menggantikan Samuel Simon yang dilantik sebagai Setiausaha Akhbar Kanan kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
Menurut UKAS, simbolik penyerahan tugas (antara Awang Putrayusrie dan Samuel) disaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol pada 2 Januari lepas. – Bernama