Lencongan Jalan Tun Ahmad Zaidi esok, lusa 

Facebook
WhatsApp
Notis pemberitahuan lencongan jalan di Jalan Tun Ahmad Zaidi bagi kerja pembinaan bulatan dari jambatan Bintulu-Jepak pada 9 dan 10 Januari ini.

BINTULU: Satu lencongan jalan akan dilaksanakan di Jalan Tun Ahmad Zaidi esok dan lusa (9,10 Januari) bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan jalan untuk bulatan dari jambatan Bintulu-Jepak di sini.

Menurut satu kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, lencongan itu akan berkuat kuasa dari jam 8 malam hingga 5 pagi bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan melancarkan proses pembinaan.

Semua pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda arah dan berhati-hati semasa melalui kawasan tersebut.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pejabat JKR Bahagian Bintulu di talian 086-332077 atau 086-332544 atau 086-332923.

Antara Peniruan Kenyataan dan Karya Seni

‘‘Kualiti penulisan seseorang secara tidak langsung akan berhubungan dengan tahap pemahamannya mengenai sikap manusia.’’ – Bong Joon Ho, pengarah filem