BANGKOK: Seorang pelancong Sepanyol maut dipijak gajah yang berada ‘dalam keadaan panik’ ketika wanita itu sedang memandikan haiwan berkenaan di sebuah santuari di selatan Thailand, kata polis hari ini.
Menurut polis, mangsa berusia 23 tahun itu dilibas dengan belalai gajah yang tertekan di Koh Yao Elephant Care Centre di wilayah Phang Nga.
“Seorang pelancong wanita terbunuh ketika memandikan gajah,” kata Ketua Polis tempatan, Jaran Bangprasert memberitahu AFP.
Pihak berkuasa menghubungi kedutaan Sepanyol untuk mengesahkan identiti mangsa.
Santuari itu enggan memberikan butiran kejadian ketika dihubungi AFP.
Menurut Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemeliharaan Tumbuhan, gajah liar telah membunuh 227 orang, termasuk pelancong, dalam tempoh 12 tahun lalu.
Bulan lalu, sebuah gajah membunuh seorang wanita berusia 49 tahun di sebuah taman negara di wilayah Loei di utara Thailand.
Gajah liar membunuh 227 orang termasuk pelancong dalam tempoh 12 tahun lalu, menurut Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan.
Bulan lalu, seorang wanita berusia 49 tahun terbunuh akibat diserang gajah membunuh di sebuah taman negara di wilayah Loei di utara Thailand.
Walaupun isu penduduk kampung dan gajah liar adalah perkara biasa, serangan di santuari jarang berlaku.
Aktviti memandikan gajah adalah aktiviti popular dalam kalangan pelawat di Thailand, di mana kira-kira 2,800 gajah digunakan untuk tujuan pelancongan di seluruh negara, menurut World Animal Protection.
Namun, kumpulan hak haiwan berpendapat kegiatan memandikan gajah boleh menyebabkan mereka tertekan dan beberapa santuari di negara itu tidak membenarkannya. – AFP