Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua maut kemalangan Perodua Kancil, treler 
  • KEMALANGAN

Dua maut kemalangan Perodua Kancil, treler 

Utusan Sarawak 5 months ago

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit

MIRI: Dua maut selepas kereta dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Pan Borneo Bukit Song di sini, malam ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak  berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.28 malam sebelum sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng  bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan  kenderaan Perodua Kancil dan treler.

“Terdapat dua mangsa yang masih tersepit di dalam kenderaan Perodua Kancil. 

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak menggunakan peralatan khas keselamatan untuk mengeluarkan mangsa sehingga berjaya,” katanya.

Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Patrick Guya,48, dan Roslind Layun Pad,61 yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak KKM.

Continue Reading

Previous: Warga emas jatuh sungai dikhuatiri lemas
Next: Dua wanita cedera kemalangan di Pan Borneo Sibu-Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.