Ribuan penumpang terjejas akibat kabus di Gatwick untuk hari keempat

Facebook
WhatsApp
Lebih 20 penerbangan yang dirancang untuk lapangan terbang West Sussex pada hari ini telah dibatalkan

LONDON: Sekatan penerbangan masih dikuatkuasakan di Lapangan Terbang Gatwick, London, untuk hari keempat berturut-turut akibat kabus, menjejaskan rancangan perjalanan ribuan penumpang.

Lebih daripada 20 penerbangan yang dijadualkan di lapangan terbang di West Sussex itu pada Isnin telah dibatalkan lebih awal dan penumpang telah diberi amaran mengenai kemungkinan kelewatan sepanjang hari.

Gangguan penerbangan di lapangan terbang kedua tersibuk di United Kingdom itu telah bermula sejak Jumaat disebabkan oleh keadaan kabus.

Jurucakap Gatwick berkata: “Sekatan sementara kawalan trafik udara telah dilaksanakan kerana kabus menyebabkan penglihatan yang lemah.

“Beberapa penerbangan mungkin mengalami kelewatan sepanjang hari.

“London Gatwick memohon maaf atas sebarang kesulitan.

“Penumpang dinasihatkan untuk menghubungi syarikat penerbangan mereka bagi mendapatkan maklumat lanjut.”

Penumpang bagi penerbangan yang ditangguhkan lebih daripada dua jam mungkin berhak mendapatkan bantuan, termasuk makanan dan minuman atau penginapan semalaman jika diperlukan.

— BERNAMA-PA MEDIA/dpa

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara