MIRI: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak cawangan Lebuhraya Pan Borneo mengumumkan penutupan sementara jalan di kilometer 910.6 sepanjang Jalan Miri-Bintulu untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
Kerja-kerja penyelenggaraan dijadualkan bermula esok sebagai sebahagian dari projek Lebuh Raya Pan Borneo yang sedang dijalankan.
Sehubungan itu, pemandu kenderaan dan orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal kerana kelewatan dijangka berlaku semasa tempoh penyelenggaraan.
JKR juga menggesa semua pengguna jalan raya supaya berhati-hati, mengikut papan tanda lalu lintas, dan mematuhi arahan daripada kakitangan pengurusan trafik yang ditempatkan di tapak tersebut.