Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SK Sungai Mador bakal terima projek RTP tahun depan
  • Tengah
  • WILAYAH

SK Sungai Mador bakal terima projek RTP tahun depan

Utusan Sarawak 5 months ago
BERAMAH MESRA…Datuk Ding Kuong Hiing menyantuni orang ramai yang hadir pada majlis makan malam Segulai Sejalai 2024 SK Sungai Mador, baru-baru ini.

BINTANGOR: Jalan dari simpang masuk ke pintu gerbang Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Mador akan dinaik taraf menerusi projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing. 

Katanya, turut akan dinaik taraf pada tahun depan adalah tempat letak kereta serta bekalan elektrik dewan sekolah tersebut. 

“Ketiga-tiga projek untuk sekolah ini akan dilaksanakan menerusi RTP 2025.

“Apabila siapnya projek-projek ini, ia akan memberi keselesaan pesekitaran serta sesi pengajaran dan pembelajaran untuk warga SK Sungai Mador,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam Segulai Sejalai 2024 SK Sungai Mador, baru-baru ini. 

Malah, beliau turut mengumumkan akan menyalurkan geran khas bernilai RM5,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sungai Mador untuk menjalankan aktiviti tahunan 2025.

Turut hadir Guru Besar SK Sungai Mador Fathi Tar; Pengerusi PIBG SK Sungai Mador Sylvester Empaling; Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong DSP Sekam Anoi dan Pengerusi Persatuan Tuai-Tuai Rumah Daerah Meradong, Tuai Rumah Kinchu Ajan.

Oleh EARL ANEK

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kelab Badminton Daerah Meradong dapat geran RM5,000
Next: Laluan ke tiga rumah panjang, ladang sawit terputus 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.