LIMBANG: Sebanyak 465 pek bantuan bakul makanan diagihkan kepada mangsa banjir di Kampung Tanjong Ungar, Kampung Lubok Bidai dan Kampung Tanjong Riman semalam.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Kapten (PA) Bonnie Madisun berkata bantuan diagihkan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) Limbang bersama Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) Limbang ke kawasan itu bermula 9.00 pagi.
Katanya penghantaran bakul makanan itu menggunakan dua kenderaan masing-masing daripada PKMB Limbang dan APM Limbang.